Posts

AHLI KUMPULAN

Image
  AHLI KUMPULAN WAN AL-IMRAN ZULFIKAR BIN WAN ZAIMAN (04DEE23F1003) AMIRUL ABID BIN NADZRULIZAM (04DEE23F1013) NUR AISHA BALQIS BINTI MUHAMAD SHAIRUL IZAM (04DEE23F1009) NUR AIN FATIHAH BINTI MOHD NALIMY (04DEE23F1019) NUR ANIS HANANI BINTI MUNIFF AFFANDEE (04DEE23F1038)

PENGHARGAAN

  PENGHARGAAN Selamat sejahtera.Bersyukur kepada llahi dengan limpah berkatnya yang diberikan kepada saya dan rakan-rakan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali, kami sekumpulan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami,Encik Roslan Bin Yahya kerana telah banyak membantu dalam memberi sokongan dan panduan yang diberikan untuk kami menghabiskan tugasan ini dengan sukses sekali. Beliau juga telah berjaya menjawab segala kekeliruan dan persoalan yang diajukan dengan jelas sekali. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya yang tidak pernah leju memberi kerjasama sepanjang proses penghasilan efolio ini. Walaupun kami terdiri daripada pelbagai bangsa, namun itu tidak mematahkan sikap Kerjasama antara sepasukan. Tidak lupa juga dengan rakan-rakan saya yang lain atas segala pertolongan yang diberikan semasa kami ditimpa dengan pelbagai cabaran. Mereka juga telah memberikan sedikit ilmu untuk diperkongsik...

PENGENALAN

Image
  PENGENALAN Bidang sukan dilihat mash mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan antara kaum. Biarpun berlainan fahaman politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan.Contohnya, apabila pasukan Harimau Malaya bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi fokus agar kemenangan dapat berpihak kepada pasukan Harimau Malaya. Sama-sama bersorak, sama-sama menjerit dengan satu harapan agar Harimau Malaya dapat menang. Bila kalah, sama-sama kecewa. Tapi menang sama-sama, kalah pun sama-sama.Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta. Melalui sukan, kita juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara."Ini merupakan sal...

ISI KANDUNGAN

  ISI KANDUNGAN -PENGHARGAAN  -PENGENALAN -OBJEKTIF DEFINISI SUKAN DAN PERPADUAN KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM SENARAI PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN CONTOH-CONTOH SUKAN FAKTOR YANG MENYUMBANG PENGUKUHAN KEPADA PERPADUAN KAUM PERANAN IKON SUKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN DALAM KALANGAN PELAJAR FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN -KESIMPULAN -SENARAI RUJUKAN

DEFINISI SUKAN DAN PERPADUAN

Image
  DEFINISI SUKAN DAN PERPADUAN Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah  membezakan sifat  sesuatu sukan . Misalnya, berenang yang secara  bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi. Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat tolenransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas.Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.

KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM

Image
   Kepentingan Perpaduan Kaum Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini berkekalan Hal ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak dingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969  yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, perpaduan penting agar kejadian yang sama tidak akan berulang. Dalam nada yang sama kita akan dapat mengekalkan kestabilan politik jika kejadian rusuhan kaum ini dapat dielakkan oleh semua anggota masyarakat yang memiliki semangat nasionalisme dan patriotik yang tinggi. Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara kita. Perpaduan dalam kalangan etnik di negara ini juga akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripa...

PERANAN SUKAN DALAM MENYATUPADUKAN PERPADUAN KAUM

Image
  Peranan Sukan Dalam Menyatupadukan  Perpaduan Kaum Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan massa. Zaman bola sepak negara tahun 1980-an pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid Ali. Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang berlaku dalam liga bola sepak luar negara, namun sering kali kita melihat sukan akan menjadi alat perpaduan dalam kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai pelbagai perbezaan termasuk fahaman politik masing-masing. Ketika Perang Dunia Kedua, sukan menjadi alat untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan negara-bangsa yang boleh bersama walaupun mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir urus berbeza. Seterusnya, dalam sukan badminton,...