PERANAN IKON SUKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN

PERANAN IKON SUKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN

Peranan ikon sukan bukan sahaja terhad untuk mengharumkan nama Negara, peranan ikon sukan boleh juga dilihat dari perspektif lain. antaranya dari perspektif perpaduan kaum. Lihat sahaja setiap kali adanya perlawanan penting yang melibatkan ikon sukan Negara sudah pastinya stadium akan dipenuhi dengan peminat tempatan. mereka ini terdiri dari masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama yang berkongsi minat yang sama. Setiap kali perlawanan berlangsung kita dapat melihat mereka ini bersorak dan meraikan apa jua keputusan perlawanan.

Perpaduan dalm Negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak menjadi alat politik tetapi menjadi alat penghubung keseluruhan warganya. Sukan sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan. Maka, perpaduan bukan sekadar dalam masyarakat, tetapi juga segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan tidak dikrompromi tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan jati diri menyeluruh. Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme penting dalam melentur semangat "kekitaan".



Dalam membangunkan pretasi sukan, la sekali gus juga dapat memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat pelbagai etnik. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan
'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih daripada itu, menghargai dan mencipta 'semangat satu Negara, satu matlamat'. Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga
mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di Negara ini. Sukan adalah penjana dalam mempertahankan keharmonian. Kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Negara ini dibawah prinsip satu Malaysia.

BIODATA DATUK LEE CHONG WEI
Nama:Datuk  Lee Chong Wei
Tarikh Lahir:21 Oktober 1982
Tempat Lahir:Pulau Pinang,Malaysia
Kerjaya:Pemain Badminton 




BIODATA DATUK NICOL ANN DAVID
Nama: Datuk Nicol Ann David
Tarikh Lahir: 26 Ogos 1983
Tempat Lahir Pulau Pinang,Malaysia
Kerjaya: Pemain Skuasy Profesional





Dalam sukan Olimoik Beijing pula, datuk Lee Chong Wei mengharumkan nama Negara dengan memenangi pingat perak dalam sukan badminton. Pencapaian ratu skuasy Negara Datuk Nicol Ann David ebih membanggakan beliau telah menjadi juara dunia sebanyak 4 kali, iaitu pada tahun 2005,2006,2008 dan 2009 serta menduduki rangking pertama dunia sejak tahun 2006. Manakala Shalin Zulkifli pula ialah seorang pemain boling 10 pin professional berbangsa Malaysia dan dan bekas pemain nombor satu Asia. Beliau pernah bertanding dan menjuarai pelbagai kejohanan kebangsaan dan antarabangsa dan beberapa kali dalam kerjaya beliau menduduki kedudukan satu pemain boling 10 pin profesional di Malaysia dan Asia.Sukan sebagai alat perpaduan antarabangsa. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Untuk mengeratkan hubungan antara kaum yang pelbagai itu, sukan merupakan salah satu wadahnya. Sukan juga dapat mengikis rasa buruk sangka dalam kalangan pemain. Pada peringkat antarabangsa, sukan dapat menjalinkan hubungan diplomatik dan perbezaan ideologi politik. Keamanan dunia dapat dicapai jika setiap Negara mengutamakan sukan. Sukan dapat mengukuhkan perpaduan umat dan mengikis perasaan perkauman.

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN SUKAN DALAM MENYATUPADUKAN PERPADUAN KAUM

DEFINISI SUKAN DAN PERPADUAN