Posts

Showing posts from March, 2024

AHLI KUMPULAN

Image
  AHLI KUMPULAN WAN AL-IMRAN ZULFIKAR BIN WAN ZAIMAN (04DEE23F1003) AMIRUL ABID BIN NADZRULIZAM (04DEE23F1013) NUR AISHA BALQIS BINTI MUHAMAD SHAIRUL IZAM (04DEE23F1009) NUR AIN FATIHAH BINTI MOHD NALIMY (04DEE23F1019) NUR ANIS HANANI BINTI MUNIFF AFFANDEE (04DEE23F1038)

PENGHARGAAN

  PENGHARGAAN Selamat sejahtera.Bersyukur kepada llahi dengan limpah berkatnya yang diberikan kepada saya dan rakan-rakan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali, kami sekumpulan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami,Encik Roslan Bin Yahya kerana telah banyak membantu dalam memberi sokongan dan panduan yang diberikan untuk kami menghabiskan tugasan ini dengan sukses sekali. Beliau juga telah berjaya menjawab segala kekeliruan dan persoalan yang diajukan dengan jelas sekali. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya yang tidak pernah leju memberi kerjasama sepanjang proses penghasilan efolio ini. Walaupun kami terdiri daripada pelbagai bangsa, namun itu tidak mematahkan sikap Kerjasama antara sepasukan. Tidak lupa juga dengan rakan-rakan saya yang lain atas segala pertolongan yang diberikan semasa kami ditimpa dengan pelbagai cabaran. Mereka juga telah memberikan sedikit ilmu untuk diperkongsik...

PENGENALAN

Image
  PENGENALAN Bidang sukan dilihat mash mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan antara kaum. Biarpun berlainan fahaman politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan.Contohnya, apabila pasukan Harimau Malaya bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi fokus agar kemenangan dapat berpihak kepada pasukan Harimau Malaya. Sama-sama bersorak, sama-sama menjerit dengan satu harapan agar Harimau Malaya dapat menang. Bila kalah, sama-sama kecewa. Tapi menang sama-sama, kalah pun sama-sama.Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta. Melalui sukan, kita juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara."Ini merupakan sal...

ISI KANDUNGAN

  ISI KANDUNGAN -PENGHARGAAN  -PENGENALAN -OBJEKTIF DEFINISI SUKAN DAN PERPADUAN KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM SENARAI PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN CONTOH-CONTOH SUKAN FAKTOR YANG MENYUMBANG PENGUKUHAN KEPADA PERPADUAN KAUM PERANAN IKON SUKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN DALAM KALANGAN PELAJAR FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN -KESIMPULAN -SENARAI RUJUKAN

DEFINISI SUKAN DAN PERPADUAN

Image
  DEFINISI SUKAN DAN PERPADUAN Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah  membezakan sifat  sesuatu sukan . Misalnya, berenang yang secara  bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi. Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat tolenransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas.Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.

KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM

Image
   Kepentingan Perpaduan Kaum Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini berkekalan Hal ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak dingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969  yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, perpaduan penting agar kejadian yang sama tidak akan berulang. Dalam nada yang sama kita akan dapat mengekalkan kestabilan politik jika kejadian rusuhan kaum ini dapat dielakkan oleh semua anggota masyarakat yang memiliki semangat nasionalisme dan patriotik yang tinggi. Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara kita. Perpaduan dalam kalangan etnik di negara ini juga akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripa...

PERANAN SUKAN DALAM MENYATUPADUKAN PERPADUAN KAUM

Image
  Peranan Sukan Dalam Menyatupadukan  Perpaduan Kaum Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan massa. Zaman bola sepak negara tahun 1980-an pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid Ali. Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang berlaku dalam liga bola sepak luar negara, namun sering kali kita melihat sukan akan menjadi alat perpaduan dalam kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai pelbagai perbezaan termasuk fahaman politik masing-masing. Ketika Perang Dunia Kedua, sukan menjadi alat untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan negara-bangsa yang boleh bersama walaupun mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir urus berbeza. Seterusnya, dalam sukan badminton,...

CONTOH SUKAN

Image
  CONTOH -CONTOH SUKAN 1)BOLA SEPAK 2)BADMINTON 3)BOLA JARING 4)OLAHRAGA 5)RAGBI 6)BOLA BALING  7)TINJU 8)GIMNASTIK 9)HOKI 10)GUSTI 11)PING PONG 12)MEMANAH  13)SILAT 

FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN

Image
  FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing, peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah, pengukuhan interaksi sosial dan penguasaan kemahiran pergerakan asas dan kompleks. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan. Di peringkat antarabangsa, sukan menyumbang kepada pemupukan jalinan dan kerjasama antarabangsa, peningkatan ketahanan dan daya saing; dan peningkatan keemerlangan dan imej negara. Dalam konteks pembangunan ekonomi, sukan adalah satu sektor ekonomi yang dapat menjana pendapatan dan peluang pekerjaan, bukan sahaja kepada atlet tetapi juga kumpulan sokongan, pengeluar peralatan sukan, media dan lain-lain pihak yang berkaitan....

PERANAN IKON SUKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN

Image
PERANAN IKON SUKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN Peranan ikon sukan bukan sahaja terhad untuk mengharumkan nama Negara, peranan ikon sukan boleh juga dilihat dari perspektif lain. antaranya dari perspektif perpaduan kaum. Lihat sahaja setiap kali adanya perlawanan penting yang melibatkan ikon sukan Negara sudah pastinya stadium akan dipenuhi dengan peminat tempatan. mereka ini terdiri dari masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama yang berkongsi minat yang sama. Setiap kali perlawanan berlangsung kita dapat melihat mereka ini bersorak dan meraikan apa jua keputusan perlawanan. Perpaduan dalm Negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak menjadi alat politik tetapi menjadi alat penghubung keseluruhan warganya. Sukan sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan. Maka, perpaduan bukan sekadar dalam masyarakat, tetapi juga segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar perpad...

FAKTOR YANG MENYUMBANG PENGUKUHAN PERPADUAN KAUM

Image
   FAKTOR YANG MENYUMBANG PENGUKUHAN PERPADUAN KAUM Peristiwa 13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini. Hal ini demikian kerana peristiwa ini memperlihatkan bahawa hubungan kaum akan menjadi rapuh jika ada tindakan luar batasan dilakukan dan tindakan mencegah tidak dilakukan dengan secukupnya. Peristiwa berdarah ini menjadi iktibar bahawa perpaduan kaum boleh menjadi bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa memandangkan terdapat sebahagian anggota masyarakat yang gemar menjaja isu sensitif bagi meraih sokongan politik mudah untuk bangsa mereka. Selepas kejadian ini lahir kesedaran untuk menyatupadukan kaum di negara ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang menjadi satu identiti bagi semua anggota masyarakat. Dalam masa yang sama kekurangan orang Melayu dalam bidang ekonomi cuba diselesaikan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada 1970.                CONTOH PERISTIWA 13 MEI 1969 Penubuha...

USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN DALAM KALANGAN PELAJAR

Image
  USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN DALAM KALANGAN PELAJAR 1)Penubuhan sekolah sukan bukit jalil untuk menempatkan murid yang mempunyai potensi dalam bidang sukan. 2)Dasar 1 MURID 1 SUKAN telah diwujudkan mulai tahun 2011 3)Setiap tahun, kejohanan majlis sukan sekolah-sekolah malaysia (MSSM) dianjurkan untuk mengembangkan bakat murid dalam bidang sukan. 4)Pengenalan rancangan integrasi murid untuk perpaduan (rimup)sejak tahun 1986.

RUJUKAN

SENARAI RUJUKAN 1)SEJARAH MALAYSIA, FAJAR BAKTI SDN BHD 2) MALAYSIA KITA, INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA JPN 1991 3)MALAYSIA KITA, INTERNATIONAL LAW BOOK SERVICE 2007 4)BUKU PANDUAN RANCANGAN INTERGRASI MURID UNTUK PERPADUAN, KPM 2005 5)PENGAJIAN AM KENEGARAAN MALAYSIA, MOHD THAJUDIN ABD, MUTHALIB EAST VIEW, 1997 6)PENGAJIAN AM KERTAS 900/1 ,PROF MADYA, DR CHEU HOCK TONG, PUSTKA SARJANA 2001 7)NEGARA KITA, INTAN, KUALA LUMPUR ,1986

KESIMPULAN

   KESIMPULAN : Berdasarkan kajian yang dilaksanakan , aktiviti sukan berupaya mengukuhkan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Disamping itu, sukan dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan diri dan mental diri seseorang individu. Selain itu Sukan dapat memberi peluang kepada semua yang terlibat untuk membentuk masyarakat yang lebih sopan, berintegriti dan bertanggungjawab. Seterusnya, melalui sukan, rakyat Malaysia juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara. Hal ini menyebabkan Malaysia dapat melahirkan individu yang aktif dan juga mempunyai semangat perpaduan yang tinggi. Dasar ini sebenarnya selaras dengan dasar sukan negara yang bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat. Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun kepercayaan. Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sa...