FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN

 FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN

Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing, peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah, pengukuhan interaksi sosial dan penguasaan kemahiran pergerakan asas dan kompleks.

Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan.

Di peringkat antarabangsa, sukan menyumbang kepada pemupukan jalinan dan kerjasama antarabangsa, peningkatan ketahanan dan daya saing; dan peningkatan keemerlangan dan imej negara.

Dalam konteks pembangunan ekonomi, sukan adalah satu sektor ekonomi yang dapat menjana pendapatan dan peluang pekerjaan, bukan sahaja kepada atlet tetapi juga kumpulan sokongan, pengeluar peralatan sukan, media dan lain-lain pihak yang berkaitan.



Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IKON SUKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN

PERANAN SUKAN DALAM MENYATUPADUKAN PERPADUAN KAUM

DEFINISI SUKAN DAN PERPADUAN